Kelas Menaip Menggunakan Microsoft Word
6 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Karangan, telah diadakan kelas menaip menggunakan Microsoft Word bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti mampu menaip dengan cepat untuk digunakan dimasa akan datang. Kaedah menaip ini adalah untuk meminimakan kesalahan ejaan dan juga simbol-simbol yang lain yang terdapat di dalam Microsoft Word.
Pada permulaannya, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Seterusnya, mereka diberi latihan berpandukan laman web bagi memudahkan mereka menaip dengan cepat dan menambahbaik kemahiran menaip masing-masing. Dengan pengetahuan baru yang diperoleh, diharap para pelajar dapat mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang diajar untuk lebih mudah belajar dan menaip secara tangkas dimasa hadapan.
Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: